WATAK PENYAMUN BIN SINGH
- MELUR NAJIHAH

- Apr 18, 2018
- 1 min read
Angelina Kalimah Anak Seliang berasal dari Bintulu Sarawak. Beliau merupakan anggota PALAPES di UPSI dan bakal menjadi Leftenan Muda. Sepanjang melibatkan diri dalam bidang teater ini, beliau pernah memegang jawatan penolong pengurus pentas dalam Mandiri Production bagi pementasan Teater Nyonya-nyonya, bertindak selaku pengurus produksi drama amali dan pengarah bagi Teater Adaptasi Pendekar Bujang Lapok. Selain aktif membuat kerja-kerja pengurusan, beliau juga terlibat dengan aktiviti lakonan. Antara produksi yang beliau terlibat sebagai pelakon termasuklah Teater Gamat, Teater Cinderella, produksi Short&Sweet Penang 2017 (Chaos),Teater Jalan Sekerat Pulau Pinang, iklan Rempah Ratus Mak Siti dan produksi Hari Tua Ampenan Kita sewaktu menjalani latihan industri di Lombok.








Comments