SINOGRAFER SETS
- MELUR NAJIHAH

- Apr 6, 2018
- 1 min read
Updated: Apr 13, 2018
Muhammad Nor Nazhreen bin Azali berasal dari Johor Darul Takzim. Oleh kerana rasa cinta yang mendalam terhadap seni persembahan teater, beliau memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang tempoh pengajian di UPSI, beliau terlibat dengan beberapa buah produksi teater. Antaranya ialah Teater Gamat (pelakon), Transit Terakhir yang dipentaskan di Revolution Stage (sinografer), Teater Cinderella dan lain-lain lagi. Beliau menjalani latihan industri di Lombok untuk merasai pengalaman teater yang berbeza di negara orang. Semasa menjalani latihan industri di sana, beliau menjadi pengarah artistik bagi pementasan teater Hari Tua Ampenan Kita. Beliau bercita-cita untuk menjadi anak seni yang berkebolehan dalam semua aspek.








Comments