PUBLISITI DAN PROMOSI II
- MELUR NAJIHAH

- Apr 7, 2018
- 1 min read
Updated: Apr 18, 2018
NOR FATIN NAJIHAH BINTI RAFEE berasal dari Terengganu tetapi kini telah menetap di Johor Bharu. Menyambung pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengalaman beliau sepanjang penglibatan dalam bidang teater ini beliau pernah terlibat sebagai pelakon dalam teater Anna, Tetamu di Bukit Kenny, Musibat Gemok, dan juga teater Cinderella.Beliau pernah menjadi pengarah untuk teater Nothing, teater kanak-kanak Bit-Bit. Beliau pernah memegang jawatan sebagai ketua Publisiti dan Pemasaran untuk produksi Mandiri Production. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengurus pentas bagi program ‘Merdeka X3 with Faridah’ sewaktu menjalani latihan industri di Penang Performing Art Centre. Beliau juga pernah terlibat dalam pertandingan Short&Sweet sebagai pengarah di Penang Performing Art Centre. Beliau bercita-cita untuk menjadi pengarah terkemuka dalam bidang seni persembahan.








Comments