WATAK PENYAMUN MOTOROSAN
- MELUR NAJIHAH

- Apr 18, 2018
- 1 min read
NURATIQAH BINTI SAMAUN. Mula mencintai bidang kesenian melalui pertandingan penulisan kreatif sewaktu di sekolah menengah dan pernah memenangi anugerah pelajar kreatif dalam pemilihan sajak dan cerpen terbaik. Seterusnya, mula menceburi bidang teater ketika menyambung pengajian di universiti dan selesa berada dalam bidang pengurusan produksi dan lakonan. Pernah melibatkan diri dalam bidang pengurusan teater Nyonya-nyonya, Gamat, AaBaTa dan Cinderella. Manakala dalam bidang lakonan pula beliau pernah menyertai teater Tepuk Amai-amai, Mak Yung Dewa Indra Dewa, Musibat Gemuk, Si Bongkok Tanjung Puteri dan Teater Kanak-kanak Bit-bit. Beliau menjalani Latihan Industri di DINAS Pendidikan dan Kebudayaan Mataram Lombok, seterusnya menjadi ketua busana dan bahagian tatarias bagi menjayakan sebuah teater bertajuk Hari Tua Ampenan Kita karya Kiki Sulistyo yang berada di bawah naungan produksi Keluarga Teater Malindo, hasil gabungan pelajar Malaysia dengan kelompok teater di Mataram, Lombok Indonesia.








Comments